Pada hari Jumaat yang lepas, 8 Mei 2009, kambing jantan yang paling kami sayangi dan cantik pula tu bernama Megat, telah dibeli orang untuk aqiqah. Megat memang manja dengan kami tapi sudah ditakdirkan untuk diaqiqahkan kami terpaksa menerimanya. Beratnya 41 kilo. Besar sungguh dia. Kami hampir menangis bila melihat dia mengembek dalam van yang membawanya pergi dan takkan kembali lagi.

Syarikat kami pada hari ini, 10 Mei 2009, mula mengorak langkah yang lebih agresif dengan memasang papantanda syarikat kami di 3 lokasi iaitu di Jalan Kubu Gajah Utama sebelum Sungai menghala ke Merbau Sempak di hadapan rumah Encik Azhar, di hadapan surau Paya Jaras sebelah kedai makan baru yang hendak dibuka oleh Encik Shaari dan di hadapan rumah kami di Jalan Gajah 17. Kepada Encik Azhar dan Encik Shaari, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana membenarkan memasang papantanda itu.